Bomba Johor terima sumbangan diraja

Raja Zarith menyampaikan cek sumbangan daripada Sultan Johor kepada Yahya. - FOTO: Royal Press Office
Raja Zarith menyampaikan cek sumbangan daripada Sultan Johor kepada Yahya. - FOTO: Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyampaikan cek sumbangan Sultan Johor kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan ketika Raja Zarith berkenan berangkat ke Ibu Pejabat JBPM Johor.

Cek sumbangan itu diterima pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis.

Raja Zarith mendengar penerangan tentang Hazmat ketika berangkat ke ibu Pejabat JBPM Johor, hari ini.- FOTO: Royal Press Office
Raja Zarith mendengar penerangan tentang Hazmat ketika berangkat ke ibu Pejabat JBPM Johor, hari ini.- FOTO: Royal Press Office

Bulan lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan pengurniaan sumbangan peribadi baginda terhadap jabatan itu.

Sumbangan itu antara lain bagi membolehkan JBPM Johor yang terbabit dalam operasi pembersihan pencemaran kimia melengkapkan pasukan dengan kemudahan yang diperlukan.

Difahamkan sumbangan baginda itu bagi membolehkan kerja-kerja penentu ukuran (calibration) pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM Johor.

Yahya turut memberikan taklimat operasi ketika insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang berlaku, bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Saiful Bahri Safar turut mempersembahkan taklimat kepada Raja Zarith mengenai peralatan Hazmat.

Sebelum berangkat pulang, Raja Zarith sempat meluangkan masa melawat Pusat Pembelajaran Keselamatan Kebakaran Komuniti serta Makmal Penyiasatan Kebakaran JBPM Johor.e