Tiga kawasan di Johor Bahru dan Kulai dilanda banjir kilat

Anggota APM melakukan pemantauan di lokasi dilanda banjir kilat di Kulai.
Anggota APM melakukan pemantauan di lokasi dilanda banjir kilat di Kulai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hujan lebat berterusan pada petang Sabtu menyebabkan beberapa kawasan penempatan di daerah ini dan Kulai dinaiki air.

Kawasan terlibat ialah Kampung Maju Jaya di Johor Bahru manakala di Kulai membabitkan Taman Aman dan Kampung Sepakat Jaya.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Daerah Johor Bahru, banjir kilat pada jam 3.11 petang disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam dan saliran air longkang yang tersumbat.

Keadaan rumah penduduk di Kampung Maju Jaya yang terjejas akibat banjir kilat.
Keadaan rumah penduduk di Kampung Maju Jaya yang terjejas akibat banjir kilat.

Manakala bagi daerah Kulai, banjir kilat yang berlaku pada jam 4.30 petang berpunca dari hujan berterusan dengan bacaan data hujan turun melebihi 100 milimeter(mm) menyebabkan paras air sungai naik.

Agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bomba akan sentiasa bersiap-siaga serta memantau lokasi kejadian juga lokasi lain yang berisiko.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.