X

Kindly register in order to view this article
!

Ada batas pakaian pelancong : Exco

Ariffin
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Walaupun masih di peringkat perbincangan, kerajaan negeri Terengganu ada menggariskan beberapa panduan pakaian terhadap pelancong ke lokasi pelancongan terutama di kawasan peranginan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, garis panduan sedia ada sebagai rujukan dan tidak dipamerkan kepada umum.

“Isu ini melibatkan perkara yang agak sensitif bagi sesetengah pelancong, kalau kita kata tak boleh berbikini, tiada langsung pelancong yang datang ke pulau-pulau dan kawasan peranginan di Terengganu.

“Jadi, apa yang boleh kita lakukan buat masa ini ialah menerapkan etika pemakaian secara perlahan-lahan dan memberi nasihat supaya tidak berpakaian begitu terbuka di kawasan awam.

“Ada juga pengusaha resort dan chalet sendiri yang menasihati pelancong supaya tidak berpakaian begitu terdedah dan agak 'luar biasa', namun dilakukan secara berhemah,” katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, setakat ini, garis panduan berhubung etika pemakaian bagi pelancong tidak dipamerkan kepada umum bagi menjaga sensitiviti semua pihak.

“Undang-undang dalam pemakaian ini semua orang tahu dan tidak perlu dipamerkan kepada umum, kita ada PBT yang akan pantau, namun kita tak buat penguatkuasaan bagi menjaga hubungan bersama mereka.

“Selain aspek pelancongan, kita juga ada garis panduan dalam persembahan. Kita ada buat tapi tak disiar kepada umum kerana bimbang dieksploitasi,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri terbuka menerima kunjungan pelbagai latar belakang agama dan budaya yang berkunjung ke negeri ini.

“Terengganu sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan mereka yang datang dengan pelbagai budaya, namun, kita ada garis panduan kita sendiri.

“Ada etika, tetapi tidaklah terlalu ‘rigid’. Kita ada peraturan dan garis panduan dan ada kaedah, misalnya, kalau mahu berpakaian terbuka, tidak boleh dilakukan di khalayak umum,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!