PRK Rantau: Calon Bebas buat laporan polis

 R Malar
R Malar
A
A
A

SEREMBAN - Calon Bebas, R Malar hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban hari ini berhubung pemberian kupon makanan oleh Ahli Parlimen Miri, Michael Teoh.

Katanya, laporan itu dibuat berikutan terdapat pelanggaran Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Oleh kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggalakkan mana-mana pihak membuat laporan polis, maka saya tampil berbuat demikian," katanya kepada media.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo memberi sumbangan peribadi berbentuk kupon program makanan percuma kepada 300 murid kurang berkemampuan dari lima buah sekolah di sekitar Rantau.

Calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram turut menghadiri dan mengagihkan kupon makanan percuma tersebut.

Menurut Malar, beliau juga telah membuat laporan berhubung isu sama kepada SPR.

Dalam pada itu, beliau menggesa sekolah yang menerima kupon tersebut memulangkannya kembali kepada Teo.

"Jika tidak saya akan membuat laporan polis terhadap lima sekolah berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: