Rumah musnah dalam kebakaran

Keadaan rumah mangsa yang musnah 100 peratus dalam kebakaran. Foto: Ihsan penduduk & Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu
Keadaan rumah mangsa yang musnah 100 peratus dalam kebakaran. Foto: Ihsan penduduk & Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu
A
A
A

HULU SELANGOR - Rumah keluarga Pembantu Ketenteraan Kanan kepada Menteri Pertahanan, Komander Mazlan Mehat musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Bendahara, Felda Sungai Tengi,

Mazlan ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, ketika kejadian berlaku beliau sedang bertugas di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) di ibu negara, sebelum dimaklumkan oleh keluarganya pada jam 11.15 pagi.

Menurutnya, beliau kemudian bergegas pulang ke Felda Sungai Tengi, namun kebakaran yang berlaku sudah memusnahkan keseluruhan rumah orang tuanya.

Katanya, sewaktu kejadian, hanya ada ibu, Samilah Sengat, 68, abang berusia 60 tahun serta dua anak saudara lelaki, masing-masing berusia 4 dan 16 tahun di rumah.

"Ibu tengah buat persiapan untuk memasak, abang saya yang OKU sedang mandi, sementara anak saudara berusia 16 tahun berada di bilik dan seorang lagi bermain sendirian dalam rumah.

"Anak saudara yang besar nampak api, jadi dia beritahu ibu sebelum keluar selamatkan diri. Abang juga keluar sendiri kerana dia boleh bergerak dan ibu keluar lewat sedikit sebab mencari anak saudara berumur empat tahun yang hilang," katanya memberitahu kanak-kanak itu kemudiannya dijumpai berada di tepi sofa di bahagian depan beranda rumah.

Mazlan berkata, semua ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri, namun ibunya mengalami kecederaan kecil akibat melecur di tangan dan kaki.

Artikel Berkaitan:

Api sedang marak membakar keseluruhan rumah. Foto: Ihsan penduduk & Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu
Api sedang marak membakar keseluruhan rumah. Foto: Ihsan penduduk & Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu

"Memang terkejut bila dapat berita ni tapi lega semua ahli keluarga saya selamat...Kejadian ni pertama kali berlaku dalam keluarga kami," katanya memberitahu sewaktu kejadian bapanya, Mehat Salimin, 79 tiada kerana keluar ke ladang berdekatan rumah mereka.

Katanya, buat masa ini, kedua-dua ibu dan bapa serta abangnya akan tinggal di rumah kakak yang terletak berhampiran.

Sementara itu, Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, Mohamed Jamil Abu Bakar berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung kira-kira jam 11 pagi tadi.

"Ketika saya sampi di lokasi pihak bomba sedang padamkan kebakaran, tapi rumah itu sudah musnah.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah Hulu Selangor sudah menyerahkan sumbangan bencana kepada mangsa bagi meringankan beban ditanggung, sementara Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta beberapa agensi lain turut hadir bersama memberi bantuan serta sokongan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.59 pagi dan menghantar dua jentera FRT, Urvan (1) bersama 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang serta Kuala Kubu Bharu ke lokasi.

"Sebaik tiba, kita dapati rumah kampung jenis kelas B berkeluasan 30x60 kaki persegi itu sedang marak terbakar.

"Kita berjaya padamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 2.50 petang, namun rumah tersebut musnah 100 peratus," katanya memberitahu kesemua mangsa yang berada di rumah selamat dalam kejadian.

Katanya, hanya seorang mangsa wanita melecur di bahagian kaki dan sudah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gedangsa.

Anggota bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan api padam sepenuhnya. Foto: Ihsan penduduk & Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu
Anggota bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan api padam sepenuhnya. Foto: Ihsan penduduk & Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu