Orang awam jumpa periuk api menyerupai bom

Objek dipercayai periuk api ditemui di kawasan pantai Pasir Karang, Pulau Perhentian.
Objek dipercayai periuk api ditemui di kawasan pantai Pasir Karang, Pulau Perhentian.
A
A
A

BESUT- Satu objek dipercayai periuk api ditemui orang awam di kawasan pantai Pasir Karang, Pulau Perhentian, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, objek menyerupai bom ditemui orang awam atas permukaan pasir ketika berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, selepas menerima maklumat, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

No Image Caption

"Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati objek itu sejenis periuk api lama dan sudah tidak aktif," katanya.

Mohd Zamri berkata, sebagai langkah keselamatan, polis menutup kawasan tersebut bagi mengelak orang awam menghampiri kawasan itu.

"Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

"Kerja memusnahkan bom tersebut dijangka dilaksanakan oleh unit bom minggu depan," katanya.

Artikel Berkaitan: