Maut dalam pangkuan keluarga

Mangsa maut dipangkuan keluarga.
Mangsa maut dipangkuan keluarga.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pelajar Giat Mara meninggal dunia di pangkuan ibunya selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di simpang Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.10 pagi itu, mangsa, Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20, disahkan maut ditempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa bersama bapanya, Abdul Rahem, 65, dan ibu, Homaidah Abdul Manaf, 60, dalam perjalanan menuju ke Kompleks Belia dan Sukan sebelum terbabit dalam kemalangan.

Katanya, siasatan awal dilokasi kejadian mendapati kereta yang dipandu bapanya itu mahu membelok ke sebelah kanan untuk masuk ke kompleks berkenaan.

"Namun pada masa sama terdapat sebuah motosikal jenis Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang,” katanya.

Tambahnya, akibat daripada rempuhan itu, mangsa yang berada di bahagian penumpang maut, manakala penunggang motosikal cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih lagi diteruskan.

Artikel Berkaitan: