PU Azman luah rindu pada Nik Aziz

Nik
Nik
A
A
A

ALLAHU Robbi, rindu.” Itu bait-bait kata Pencetus Ummah Azman yang dimuat naik di laman Instagramnya bagi menyampaikan rasa rindu kepada Allahyarham Datuk Niz Aziz Nik Mat.

Mengungkap kembali kenangan empat tahun lalu, Azman memberitahu, dia mendapat berita pemergian Nik Aziz ketika sedang menghadiri sebuah program ceramah di Johor.

“Ada orang bisikkan dekat telinga minta umumkan kematian Tok Guru. Aku tak percaya. Jadi tak umumkan. Sebab sekarang banyak benda viral tak betul.

“Lepas ceramah aku call sahabat terdekat untuk pastikan kebenaran cerita. Ya, memang betul tok guru dah tiada,” tulisnya.

Azman lantas membatalkan program ceramah tersebut dan terus menempah tiket ke Kelantan. Harapannya hanya satu iaitu ingin tiba sebelum sempat Allahyarham dikebumikan.

Rezeki menyebelahinya apabila dia dapat melihat jenazah Nik Aziz diusung di tengah-tengah lautan manusia.

“Aku tak letak harapan tinggi pun nak tatap wajah dia sebab memang faham lautan manusia. Dapat tengok jenazah diusung pun jadilah. Memang payahlah nak tengok jenazah dia,” tulisnya lagi.

Azman berkata, dia hanya insan biasa yang jauh benar beza daripada Allahyarham. Namun, rasa rindu tetap ada.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata netizan turut sama melahirkan rindu kepada Allahyarham. Myrafadzmira berkata, “Satu-satunya insan yang tak pernah jumpa, tak pernah kenal tetapi boleh menangis bila dengar beliau meninggal dunia.”

Bagi Farhanasuhaimi1, “Saya jadi jatuh cinta dengan dengan akhlaknya dalam berdakwah. Kata-kata nasihatnya seperti seorang bapa menasihati anaknya. Semoga ALLAH menempatkan arwah TGNA di kalangan para syuhada dan Siddiqin.”

Bekas Mursyidul Am PAS itu menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, akibat kanser prostat.

Al-Fatihah...