Korea Selatan lancar perkhidmatan 5G

Korea Selatan melancarkan perkhidmatan 5G pertama di dunia, hari ini.
Korea Selatan melancarkan perkhidmatan 5G pertama di dunia, hari ini.
A
A
A

SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan melancarkan rangkaian mudah alih 5G pertama di dunia, hari ini.

Tiga penyedia telekom utama, SK Telecom, KT dan LG Uplus memulakan perkhidmatan 5G mereka pada jam 11 malam, semalam (waktu tempatan) walaupun ia mengumumkan tarikh pelancaran itu adalah pada esok.

Difahamkan, tarikh pelancaran itu terpaksa dilakukan lebih awal selepas pengendali rangkaian mudah alih Amerika Syarikat (AS), Verizon didakwa mahu memulakan perkhidmatan 5G mereka.

Verizon dikatakan telah melancarkan perkhidmatan 5G di Chicago dan Minneapolis, semalam (waktu tempatan), seminggu lebih awal dari tarikh yang dijadualkan. Tetapi, Seoul mendakwa mereka membuat pelancaran itu dua jam lebih awal dari AS.

Seoul yang mempunyai reputasi baik dalam kehebatan teknikal melancarkan perkhidmatan 5G itu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Menurut pakar, 5G akan membawa sambungan telefon pintar 20 kali lebih laju berbanding 4G yang membolehkan pengguna memuat turun filem dalam tempoh kurang sesaat.

Teknologi itu penting untuk pembangunan peranti masa depan seperti kenderaan pandu sendiri dan dijangka membawa manfaat ekonomi global kira-kira AS$565 bilion (RM2.3 trilion) menjelang 2034. - AFP

Artikel Berkaitan: