Rayuan kes SRC: Najib tiba hadiri prosiding hari keempat

A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat bagi menghadiri prosiding hari keempat rayuan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau yang tiba jam 9.18 pagi disambut laungan 'Bossku' oleh empat penyokongnya yang menunggu kehadiran Ahli Parlimen Pekan di pekarangan mahkamah.

Najib dalam prosiding rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Kenderaan dinaiki Najib tiba di di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat.
Kenderaan dinaiki Najib tiba di di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat.