PH kekal parti komponen di Rantau, Cameron Highlands

Dr S Streram
Dr S Streram
A
A
A
PETALING JAYA – PH bersetuju meletakkan calon daripada parti komponen yang bertanding sebelum ini bagi PRK kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan kerusi Dun Rantau, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, calon yang akan bertanding itu akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum dipertimbangkan.

“Calon yang bertanding akan menggunakan logo PH,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor di sini, hari ini.

Pada PRU14 Mei lalu, calon PH bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah M Manogaran daripada DAP dan Dr S Streram daripada PKR bagi kerusi Dun Rantau.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dunt Rantau adalah terbatal dan tidak sah.
Artikel Berkaitan:


Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan kini Timbalan Presiden Umno menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon, 28 April lalu kerana tidak memiliki pas dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya turut mengisytiharkan kemenangan calon BN, Datuk C Sivarraajh daripada MIC bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah kerana wujud amalan rasuah. - Bernama