Beri kupon, sedia makan: Streram serah kepada SPR

Dr S Streram - Foto: ADAM AMIR HAMZAH
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan parti itu melanggar peraturan dengan memberi kupon dan menjamu makanan.

Katanya, selaku negara yang mengamalkan demokrasi sesiapa sahaja berhak untuk menyatakan pandangan masing-masing.

"Kita alu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat laporan kepada SPR jika mendapati mana-mana parti melanggar peraturan.

"Terpulang kepada SPR untuk menilai dan membuat membuat keputusan mengenai laporan yang dibuat pelbagai pihak," katanya pada program tinjauan mesra di Pekan Rantau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan calon Bebas, R. Malar yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban hari ini, berhubung pemberian kupon makanan oleh Ahli Parlimen Miri, Michael Teoh.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Miri itu memberikan kupon makanan bernilai RM75,000 kepada 300 pelajar kurang bernasib baik dari lima buah sekolah di DUN Rantau.

Sementara itu, PH dalam satu program di Taman Sri Ramai turut menyediakan makanan kepada penduduk yang hadir pada program ceramah di Taman Sri Ramai.

Hidangan nasi lemak itu disediakan di bahagian belakang khemah dan orang ramai yang menghadiri program tersebut boleh mengambil makanan tersebut secara percuma.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Streram berpandangan adalah tidak menjadi kesalahan untuk memberi makanan kepada pelajar miskin dan golongan memerlukan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia