Keadaan keselamatan di Himpunan ICERD terkawal: Polis

- Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
- Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan di sekitar lokasi perhimpunan 'kesyukuran' menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja di sini, terus terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai.

Tinjauan di lokasi tersebut setakat jam 4.30 petang ini, mendapati ada peserta perhimpunan mula beransur pulang ekoran hujan dan ada juga yang masih kekal di sana. - Bernama

Artikel Berkaitan: