BN sambut baik kembalikan Pengerusi PAC pembangkang

TM1
TM1
A
A
A

SEREMBAN - BN menyambut baik hasrat kerajaan PH untuk mengembalikan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kepada pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana PH sudah menjanjikan jawatan Pengerusi PAC kepada pembangkang dalam manifesto PRU14 mereka.

"Jika ia dipersetujui begitu, Alhamdulillah sebab sebelum ini katanya Datuk Ronald Kiandee masih Pengerusi PAC walaupun beliau dah keluar BN. Ahli PH pun bergolak disebabkan isu ini.

"Kalau PH nak beri kepada pembangkang jawatan PAC, baguslah," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN PRK DUN Rantau di sini, hari ini.

Hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka membentangkan usul bagi memilih Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad bagi menggantikan Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran pada sesi persidangan kali ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat hari ini, bilangan kesembilan.

BN menamakan Noraini sebagai Pengerusi PAC selepas Ronald yang dahulunya pemimpin Umno Sabah menyertai Bersatu pada 15 Mac lalu.

Pertukaran jawatan itu susulan bantahan selama beberapa minggu oleh wakil rakyat dan orang ramai yang mahu kerajaan memutuskan untuk mengadakan usul menggantikan Pengerusi PAC dengan anggota Parlimen pembangkang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: PM sudah terima nama Pengerusi PAC pembangkang