Puji tindakan Nurul Izzah: Wong Chen

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Chen memberi pujian kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar atas penukaran pengerusi jawatankuasa itu yang bakal dibentang di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, Nurul Izzah menunjukkan prinsipnya apabila meletakkan jawatan daripada PAC kerana bertegas agar jawatankuasa itu dipengerusikan pembangkang.

Menurutnya, perkembangan positif ini, kredit perlu diberikan kepada Nurul Izzah kerana mengambil pendirian berprinsip dengan meletakkan jawatan daripada PAC dua minggu lalu.

"Saya tahu dia mendapat banyak kritikan berikutan tindakannya itu, tapi ia merupakan perkara yang betul untuk dilakukan.

"Saya tak fikir Nurul Izzah akan kembali ke PAC tetapi pendiriannya itu mungkin telah membangkitkan PH daripada tidur. Ini merupakan kemenangan kecil tetapi positif untuk reformasi Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM sudah terima nama Pengerusi PAC pembangkang

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah letak jawatan PAC?

Nurul Izzah mengambil langkah mengejutkan itu selepas kerajaan memutuskan Kiandee kekal sebagai pengerusi PAC walaupun setelah menyertai Bersatu, yang bertentangan dengan manifesto PRU14 PH untuk melantik pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bakal membentangkan usul menggantikan Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dengan Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad.

Wong Chen berkata, usul itu akan membantu PH mendapatkan semula kredibilitinya berkaitan janji manifestonya tentang PAC sebagai jawatankuasa yang bebas. Jelasnya, apa yang lebih penting, perubahan ini boleh menjadi tanda permulaan pembaharuan seperti yang terkandung dalam manifesto PH, yang kini tertangguh.