6 maut, 17 hilang letupan di pusat beli-belah di Armenia

Letupan menyebabkan sebuah bangunan tiga tingkat runtuh. - Foto Reuters
Letupan menyebabkan sebuah bangunan tiga tingkat runtuh. - Foto Reuters
A
A
A

YEREVAN - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, dan 17 yang lain masih hilang berikutan satu letupan besar di sebuah pasar di Yerevan, Armenia lapor Xinhua, memetik Kementerian Situasi Kecemasan negara itu pada Isnin.

"Seramai 28 orang masih dirawat di hospital," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, letupan menyebabkan sebuah bangunan tiga tingkat runtuh, manakala hampir 350 anggota bomba dan penyelamat kini sedang mencari mangsa yang terselamat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Armenia Nikol Pashinyan meninjau operasi menyelamat pada awal pagi Isnin.

Letupan di pusat beli-belah Surmalu di Yerevan itu berlaku Ahad.

Laporan tempatan mengatakan letupan itu bermula di sebuah gudang bunga api di pasar yang menyebabkan kebakaran besar-besaran.

Pihak berkuasa belum menjelaskan secara terperinci mengenai punca kejadian. - Bernama