LHDN akan kejar menteri, bekas menteri tak bayar cukai

Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di pekarangan Dewan Rakyat. Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di pekarangan Dewan Rakyat. Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan, bukan sahaja bekas-bekas menteri kerajaan terdahulu sahaja yang akan ‘dikejar’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya tidak membayar cukai.

Malah, tegasnya, barisan Menteri PH juga berdepan tindakan sama oleh LHDN jika membayar cukai.

“Bukan sahaja bekas-bekas menteri, menteri sekarang pun kalau tak bayar, LHDN akan kejar mereka. Kita mendapati semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terdapat cukai yang besar telah dikenakan kepada beberapa individu yang terkumpul untuk 10 tahun lalu. Sudah tentu ia tidak sah.

“Kamu tidak boleh mengumpul atau menggunakan kaedah baharu untuk mengira cukai sedangkan individu berkenaan telah membayar cukai mereka mengikut pengakuan awal undang-undang,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada terdapat beberapa tindakan lain akan dikenakan terhadap menteri-menteri daripada kerajaan BN.

ARTIKEL BERKAITAN: LHDN: Najib sedang kumpul bukti

Pada 1 April lalu, LHDN menuntut cukai tambahan daripada Najib sebanyak RM1.5 bilion bermula 2011 hingga 2017.

Memetik sumber LHDN yang tidak dinamakan berkata bekas perdana menteri tidak mengisytihar harta kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, lapor The Edge Financial Daily.

Artikel Berkaitan:

Laporan itu juga menyebut jumlah berkenaan termasuk RM2.6 bilion yang ditegaskan oleh Najib bahawa ia adalah dana sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.