X

Kindly register in order to view this article
!

PM jamin hibah TH diumum dalam masa terdekat

Dr Mahathir ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa hibah Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumum dalam masa terdekat selepas mesyuarat Jemaah Menteri membuat keputusan mengenainya.

Beliau berkata cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Dr Mahathir menegaskan, beliau perlu berhati-hati dalam permasalahan TH kerana ia melibatkan kesan kepada wang jemaah haji.

Menurut Dr Mahathir, Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu-isu berkaitan kedudukan kewangan TH dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit.

"Ya, ia akan dibincangkan di Kabinet. Ada perincian yang saya tidak pasti, jadi saya tak mahu salah.

“Saya kena berhati hati kerana ia melibatkan kesan kepada sumbangan orang yang akan kerjakan haji,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pengerusi PH itu turut memberitahu, ramai orang membuat pelbagai tuduhan terhadap pengurusan TH dan kerajaan.

“Ramai orang buat tuduhan, mereka tak tahu benar atau tidak. Kerajaan terpaksa meneliti dengan terperinci bagi mengetahui fakta sebenar, baru bercakap, sebab itu, kadang-kadang kita tak cakap,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!