Solat hajat palsu: Hanya rekaan untuk main emosi

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Hebahan infografik kononnya PKR akan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuk calon PH Dr S. Streram adalah palsu, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution mendakwa ia disyaki disebarkan oleh cybertrooper UMNO-BN demi menyelamatkan karier politik calon mereka, Datuk Seri Mohamad Hasan yang semakin malap.

Katanya, infografik 'troll' itu juga bertujuan mempermainkan emosi dan membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang menjadi amalan UMNO-BN bagi mengelirukan rakyat khususnya pengundi-pengundi Melayu di DUN Rantau.

"Ia juga bagi mengelirukan ahli-ahli PKR dan rakyat yang akan hadir bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-20 PKR malam ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengundi-pengundi Rantau tidak terpedaya dengan dakyah palsu dan amalan politik longkang sebegini hanya semata-mata untuk memenangkan calon UMNO-BN.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster yang memaparkan perkataan 'Jom Solat Hajat Untuk Dr Streram'.

Poster itu turut memaparkan lokasi solat hajat dan bacaan yassin di sebuah masjid yang didakwa akan diadakan hari ini.

Streram turut mengesahkan penyebaran poster tersebut adalah palsu dan fitnah.

Artikel Berkaitan: