Kibar Jalur Gemilang

A
A
A
Bersempena Bulan Kebangsaan, petugas khidmat pelanggan Menara Kuantan 188 memilih untuk mencipta kelainan dengan menzahirkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara di udara menerusi sukan ekstrem 'skywalk' dengan mengibarkan Jalur Gemilang sambil mengelilingi pelantar terbuka di ketinggian 104 meter menara tersebut.

Jalur Gemilang dikibarkan oleh petugas tersebut di pelantar berkenaan menerusi empat gaya statik dan satu aksi bergerak yang dinamakan mengikut daerah di negeri ini iaitu Cameron Highlands, Tasik Bera, Rompin, Kuantan dan Fly to Pekan.

Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad ketika ditemui berkata inisiatif itu merupakan antara usaha dilakukan pihaknya untuk turut sama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi sukan ekstrem.
Artikel Berkaitan: