Kerajaan perlu berhati-hati dedah laporan CEP: Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Dr Mahathir Mohamad -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan perlu berhati-hati sebelum mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi mengelakkan polemik yang mungkin boleh menjejaskan hasil siasatan dan keyakinan pelabur.

Dr Mahathir juga mengingatkan, sekiranya kerajaan tersalah langkah mungkin berisiko berdepan dengan tindakan mahkamah.

“Ada dinyatakan dalam laporan CEP mungkin akan dibuat sesuatu perkara, kalau kita salah perlu berdepan tindakan mahkamah, kita kena berhati-hati.

“Laporan CEP ini ditubuhkan secara ‘private’ untuk nasihatkan saya dan kerajaan. Mungkin laporan tersebut ada menyatakan nama dan sebagainya, kerajaan boleh kena saman malu,” katanya ketika sidang media, di lobi Parlimen, hari ini. Menurut Dr Mahathir, meskipun bekas Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin setuju untuk mendedahkannya, namun, kerajaan harus menimbang risiko yang bakal dihadapi.

“Daim setuju, tapi itu bagi dia (Daim) tapi bagi kami (kerajaan) kena fikir fasal kami juga,” jelas Ahli Parlimen Langkawi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpulang pada Kabinet dedah laporan CEP kepada umum

Katanya, laporan CEP adalah di bawah bidang kuasa dan menjadi urusan rasmi kerajaan. “Sehubungan itu, semua Ahli CEP dan pegawai yang terlibat secara langsung tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, dengan izin Official Secrets Act (OSA).

“CEP hanya berperanan sebagai badan penasihat dan kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan tersebut wajar didedahkan ataupun tidak kerana beberapa hasil dapatan mereka memerlukan penyiasatan lanjut oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

“Ini adalah bagi mengelakkan polemik yang mungkin boleh menjejaskan hasil siasatan dan keyakinan pelabur.

“Apa yang penting, semua cadangan penambahbaikan yang diterima dilaksanakan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kestabilan ekonomi negara,” ujarnya.