Nur Quraitun Ain mula cari kelibat ibu

Nur Quraitun Ain satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan di di Kilometer 101, Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur,di Kampung Semat, Batu 14, Maran pada Ahad lalu kini dirawat di HOSHAS,Temerloh.
Nur Quraitun Ain satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan di di Kilometer 101, Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur,di Kampung Semat, Batu 14, Maran pada Ahad lalu kini dirawat di HOSHAS,Temerloh.
A
A
A

KUANTAN – Anak sulung kepada suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur, di Kampung Semat, Batu 14, Maran, Ahad lalu dikatakan mula mencari-cari kelibat ibunya.

Nur Quraitun Ain Musa, 5, yang juga mangsa kemalangan berkenaan kini stabil selepas dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.

Ibu saudaranya, Siti Hajar Abdullah, 33, berkata, Nur Quraitun Ain yang patah tulang paha kiri kerap merengek memanggil ibunya dan mengalami kesukaran untuk tidur.

“Saya sedih tengok keadaan dia... meracau-racau panggil ibunya. Bila saya beritahu ibu dan ayah dah tak ada, dia tak nangis, cuma diam. Tapi dapat tengok yang matanya jadi merah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Siti Hajar, Nur Quraitun Ain juga telah menceritakan detik-detik ketika kemalangan berlaku sebaik sahaja selepas dia sedarkan diri.

Katanya, pada waktu itu, ibunya memandu manakala ayah dan adiknya berada di kerusi hadapan.

“Katanya atuk dan wan pula duduk di belakang dan dia di tengah-tengah mereka. Dia kata, masa kejadian kereta berpusing.

“Saya tengok Ain masih trauma. Dia juga nampak takut bila ditinggalkan seorang diri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nur Quraitun Ain kini dalam keadaan stabil.
Nur Quraitun Ain kini dalam keadaan stabil.

Tambahnya, kesihatan anak saudaranya semakin stabil namun perlu menjalani pembedahan hari ini bagi memasang simen dari bahagian badan ke kaki.

“Kami sekeluarga harapkan orang ramai doakan Ain kembali pulih seperti biasa," katanya.

Ahad lalu, Perodua Myvi yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan kemudian bergesel dengan sebuah Proton Iswara sebelum bertembung dengan Toyota Hilux.

Dalam tragedi berkenaan, ibu dan bapa Nur Quraitun Ain, Norsuraya Mohd Noor, 30, yang bertugas sebagai guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), serta suaminya, Musa Abdullah, 31, maut di tempat kejadian.

Adik lelakinya, Muhammad Zulkarnain, 3, serta datuk dan neneknya Mohd Noor Che Mat, 78, dan Hashimah Ismail, 66, turut maut dalam kemalangan berkenaan yang berlaku pada jam 2.30 petang itu.

Ketika insiden berkenaan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Jengka 6 selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara di Hulu Langat, Selangor.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada Nur Quraitun Ain boleh menghubungi Siti Hajar di talian 0112-6275100.