Pengganas 'hadir' ke mahkamah menerusi sidang video

Kali pertama pengganas Christchurch hadir ke mahkamah pada 16 Mac lalu, susulan serangan bersenjata di Masjid al-Noor dan Masjid Linwood yang meragut 50 nyawa. - Foto NZME
Kali pertama pengganas Christchurch hadir ke mahkamah pada 16 Mac lalu, susulan serangan bersenjata di Masjid al-Noor dan Masjid Linwood yang meragut 50 nyawa. - Foto NZME
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Mahkamah Tinggi New Zealand mengesahkan pengganas warga Australia, Brenton Tarrant yang melakukan serangan di masjid Christchurch bulan lalu, tidak akan hadir secara fizikal ke perbicaraan pertamanya esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Hakim Cameron Mander berkata, defendan akan 'hadir' menerusi persidangan video.

Menurut Mander, defendan tidak akan diminta untuk membuat rayuan terhadap tuduhan bunuh yang dikenakan ke atasnya, yang dijangka akan difailkan sebelum esok.

Mander menambah, tujuan utama perbicaraan esok adalah untuk menentukan wakil perundangan bagi pengganas terbabit sekiranya ada, dan lain-lain perkara berhubung pentadbiran.

Pengganas berkenaan hadir kali pertama ke Mahkamah Daerah Christchurch pada 16 Mac lalu, susulan serangan bersenjata di Masjid al-Noor dan Masjid Linwood yang meragut 50 nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain. - Radionz.co.nz

Artikel Berkaitan: