Peluang nelayan Kuala Nerus tambah pendapatan

x-default
x-default
A
A
A

KUALA NERUS - Golongan nelayan pesisir pantai di sini berpeluang menambah pendapatan hasil jualan sotong segar pada harga RM26 hingga RM28 satu kilogram (kg) sepanjang aktiviti mencandat sotong bermula Mac lalu dan dijangka berterusan hingga Ogos.

Bagi nelayan, Mohd Azmi Muda, 50, dari Kampung Kolam di sini, dia mula mencandat sotong sejak pertengahan Mac lalu dan mampu memperoleh hasil tangkapan lebih kurang 20 hingga 30 kg sotong semalaman.

“Sekarang sotong dah bertambah dan aktiviti mencandat makin rancak antara Mei hingga Ogos. Masa tu juga harga sotong dijangka lebih murah berbanding sekarang," katanya.

Mohd Azmi yang juga lebih mesra dipanggil Pok Cher berkata, dia menjadi nelayan sejak remaja dan melalui pengalamannya, musim mencandat sotong adalah waktu terbaik untuk menambah pendapatan.

“Saya jual terus hasil candat di bahu jalan Pantai Kolam dan sekejap saja habis dijual," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mohd Azmi juga mempunyai cara tersendiri bagi menarik pelanggan dengan berdiri di tepi jalan sambil memegang sotong pada kedua-dua belah tangan sambil melambai ke arah pengguna jalan raya.

Seorang lagi nelayan, Sulaiman Awang, 60, pula berkata, dia juga tidak melepaskan peluang mencandat sotong setiap tahun kerana hasil pulangannya lebih tinggi berbanding ikan.

Artikel Berkaitan: