Innity lancar platform Passionation  


Kemeriahan sekitar majlis pelancaran Passionation yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kemeriahan sekitar majlis pelancaran Passionation yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A
SYARIKAT pemasaran teknologi dan penyelesaian digital media terkemuka di Asia Pasifik, Innity telah melancarkan Passionation iaitu sebuah platform pemasaran yang berpengaruh, bertujuan menghubungkan influencer dan mikro-influencer dengan jenama-jenama terkemuka di dunia.

Passionation bertujuan membantu pemasar mencari ruang direktori khusus yang menghubungkan mereka dengan lebih 2,000 influencer daripada 11 niche dalam kategori masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Innity, Phang Chee Leong berkata, platform itu menggunakan kecekapan analisis Artificial Intelligence' (AI) untuk memacu pengurusan dengan menghubungkan influencer dalam mendapatkan padanan terbaik terhadap jenama yang akan dipasarkan sekali gus menghasilkan kandungan pemasaran lebih menarik dan sahih bagi tujuan promosi berkesan.

Katanya, setakat ini Passionation telah menghubungkan lebih 2,000 influencer dengan lebih 500 perniagaan antaranya KFC, AirAsia, INTI, Milo, Laneige, dan banyak lagi.

"Rancangan kami menerusi Passionation adalah untuk menjadikan aktiviti promosi antara pemasar dan influencer lebih mudah dan telus," katanya pada majlis pelancaran Passionation di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan:


Passionation ditawarkan di seluruh rantau Asia Pasifik melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.