PH tidak senang duduk kerjasama Pas-UMNO

Mohamad berucap di PDM Sendayan malam tadi. - Foto Sinar Harian
A
A

SEREMBAN – Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan menempelak Pakatan Harapan (PH) yang tidak senang duduk dengan jalinan kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurutnya, Kerajaan PH sepatutnya fokus kepada hala tuju pembangunan negara, bukannya masuk campur kerjasama politik UMNO dan Pas.

"Saya nak berpeluk cium pipi, nak berpeluk pun, itu saya punya pasallah. Kenapa kau sakit hati.

"Lepas tu khabar pula kerjasama Pas dan UMNO akan menjadikan negara ini negara Taliban. Sudah 62 tahun UMNO tadbir negara dan ada seketika bersama Pas, tak pernah pula kita wujudkan negara Taliban," katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sendayan, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat akan jadi hero: KJ

Bahkan kata beliau, Malaysia antara negara yang paling berkesan mengawal ekstremis agama sehingga dipuji oleh negara bersekutu Eropah.

Katanya, begitu juga dengan Pas yang tidak pernah menjadikan Kelantan sebagai negara Taliban meskipun sudah lima penggal mentadbirnya.

"Jadi yang dia sakit hati tengok kerjasama kita kenapa, buatlah kerja kamu, negara tak diurus. Apa hala tuju negara. Cuma tengok. Yang saya nampak dia nak buat kereta nasional nombor tiga, nak buat jambatan bengkok dan kertas terbang," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia