Jho Low boleh datang sini, buat pendakwaan: Tun Mahathir

Jho Low
Jho Low
A
A
A

PETALING JAYA - Ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho, atau Jho Low, boleh kembali ke Malaysia dan buat pendakwaan berhubung jualan kapal mewah Equanimity, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau akan hadir ke mahkamah untuk mempertahan keputusan penjualan kapal mewah tersebut.

“Beliau boleh datang ke sini dan buat pendakwaan, dan saya akan ke mahkamah untuk pertahankan keputusan saya,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Jho Low yang mendakwa kerajaan sengaja menjual kapal mewah itu pada harga rendah.

Difahamkan, Equanimity dijual kepada Genting Malaysia Bhd, atau syarikat ‘special purpose vehicle’ (SPV) miliknya, pada harga AS$126 juta (RM514.6 juta).

ARTIKEL BERKAITAN: Equanimity dijual AS$126 juta kepada Genting Malaysia Bhd

Bagaimanapun, ia sebelum ini dilaporkan bernilai RM1 bilion.

Jho Low dalam satu kenyataan berkata, tindakan Kerajaan PH yang tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang menjadi penyebab kepada kejatuhan harga kapal tersebut yang dipercayai bernilai RM1bilion.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi jurucakap Jho Low iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perhubungan Awam Strategik Wells Haslem Mayhew, Benjamin Haslem.

Ahli perniagaan itu turut membidas pentadbiran kerajaan yang didakwa telah memaksa kapal tersebut keluar daripada Indonesia dan meletakkan ia di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan nilai Equanimity semakin susut.