Pilu tak dapat beli susu anak sakit jantung

Norliana memangku Abbsy Nauqid yang kini masih dalam pemantauan IJN.
Norliana memangku Abbsy Nauqid yang kini masih dalam pemantauan IJN.
A
A
A

KUANTAN - Pasangan suami isteri dari Taman Muhibah, Bentong sedih mengenangkan nasib anak sulung mereka yang mengalami masalah jantung.

Lebih memilukan Mohamad Safuan Januri,28, dan Norliana Mat Isa, 25, tiada pendapatan tetap untuk menyediakan perbelanjaan rawatan susulan anak mereka.

Pasangan ini juga terpaksa menyewa rumah tanpa bilik dan menghentikan pembelian susu khas kepada Abbsy Nauqid, 6.

"Dia tidak boleh minum susu lain kerana mengalami alahan tetapi kami terpaksa berhenti beli susu kambing itu kerana tidak mampu. Harganya kira-kira RM80 sepeket.

"Kami hanya berharap dia akan kembali sihat selepas menjalani pembedahan pertama April tahun lalu dan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) pada masa ini," katanya.

Norliana berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mencukupi dan dia bekerja mengambil upah melakukan pendawaian elektrik bagi menampung pendapatan keluarga.

Katanya, anak sulung daripada dua beradik itu dikesan menghadapi masalah jantung selepas lahir.

"Pada masa ini pihak IJN hanya melakukan pembedahan mengatasi masalah jantung berlubang dan masih memantau perkembangan Abbsy Nauqid," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 013-9443767 atau menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank Norliana Mat Isa - 60164276645753.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan JKM negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata JKM telah menyerahkan bantuan segera sebanyak RM300 kepada keluarga berkenaan.

"JKM juga telah memproses permohonan bulanan sebanyak RM350 di bawah Bantuan Pesakit Kronik terhadap keluarga itu bagi meringankan beban mereka," katanya