Itali muncul kawasan panas demam 'West Nile'

Itali muncul sebagai kawasan panas bagi penularan wabak baharu virus West Nile di Eropah, apabila angka kematian pada Jumaat mencecah 11 orang setakat ini. - Foto 123RF
Itali muncul sebagai kawasan panas bagi penularan wabak baharu virus West Nile di Eropah, apabila angka kematian pada Jumaat mencecah 11 orang setakat ini. - Foto 123RF
A
A
A
ROM - Itali muncul sebagai kawasan panas bagi penularan wabak baharu virus West Nile di Eropah, apabila angka kematian pada Jumaat mencecah 11 orang setakat ini.

Menurut data terbaharu dari Pusat Kawalan Penyakit Eropah, sehingga Rabu, sebanyak 188 kes direkodkan di Kesatuan Eropah, 144 daripadanya dilaporkan dari Itali.

Semua kes kematian juga dilaporkan di Itali, lapor Xinhua.

Institut Kesihatan Itali melaporkan pada Jumaat, jumlah jangkitan virus itu telah meningkat lebih 50 peratus sepanjang minggu lalu.

Menurut sumber rasmi Itali, kebanyakan kes telah dikesan sejak awal Jun, dengan majoriti kes dilaporkan di kawasan tengah dan utara Itali iaitu Emilia Romagna, Veneto, Piedmont, dan Lombardy.

Veneto, yang merekodkan lebih separuh daripada jumlah kes di Itali dan enam daripada 11 kematian, adalah kluster terbesar di negara itu.

Wilayah Lombardy, bandar Brescia, timur Milan melaporkan kematian terbaharu akibat virus itu pada Jumaat.

Demam West Nile, penyakit yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk, pertama kali dikenal pasti pada 1937.

Virus itu muncul sekali-sekala dalam tempoh beberapa dekad, tetapi angka kes yang tinggi tidak pernah berlaku sebelum ini.
Artikel Berkaitan:


Para saintis membuat spekulasi cuaca panas menggalakkan pembiakkan nyamuk dan merebak ke kawasan baharu.

Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, simptom demam West Nile yang disebabkan oleh virus, termasuk sakit kepala, demam panas, pengsan, kekeliruan, koma, sawan, lemah otot, dan lumpuh.

Penyakit ini biasanya tidak membawa maut, tetapi boleh terjadi dalam beberapa kes -- terutamanya membabitkan warga emas dan golongan rentan. - Bernama