Pesawat terbang dekat orang ramai semasa mendarat

Sebuah pesawat mendarat dengan ketinggian yang amat rendah di Lapangan Terbang Skiathos, Greece baru-baru ini. - Foto YouTube/GreatFlyer
Sebuah pesawat mendarat dengan ketinggian yang amat rendah di Lapangan Terbang Skiathos, Greece baru-baru ini. - Foto YouTube/GreatFlyer
A
A
A

ATHENS - Sebuah jet penumpang Wizz Air meluncur amat dekat di atas kepala para pelancong ketika ia mendarat di sebuah pulau Greece baru-baru ini.

Ia merupakan apa yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai pendaratan paling rendah pernah berlaku di lapangan terbang.

Rakaman dramatik pendaratan itu dimuat naik pada minggu lalu oleh seorang peminat jet yang menyaksikan pesawat mendarat di Pulau Skiathos, Greece.

Berukuran hanya 1.3 meter panjang, landasan pendaratan Lapangan Terbang Skiathos adalah sangat pendek sekali gus bermakna juruterbang perlu mendarat jauh lebih rendah daripada landasan di lapangan terbang lain.

Beberapa orang yang berada di dalam video itu menunjukkan mereka telah berkumpul di pantai di sepanjang tanah sempit antara laut dan landasan tersebut. - Agensi