Terpedaya ritual jodoh, remaja diperkosa sehingga hamil

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
A
A
A

SURABAYA - INDONESIA. Seorang bomoh warga emas di Jamber, Jawa Timur memperdaya dan memperkosa seorang gadis berusia 15 tahun sehingga hamil.

Suspek melakukan perbuatan itu kononnya sebagai sebahagian daripada ritual jodoh ke atas mangsa.

Polis berkata, suspek yang diperkenalkan kepada media sebagai G telah melakukan perbuatan keji itu sejak September lalu.

"Lelaki berusia 60 tahun itu mendakwa mangsa sukar mendapat jodoh melainkan perlu menjalani beberapa ritual termasuk mengadakan hubungan seks.

"Jika enggan, mangsa dikatakan akan hidup sebatang kara dan pintu rezeki ditutup," kata Ketua Polis Tempurejo, Asisten Komisioner Suhartanto.

Difahamkan, mangsa telah hamil enam bulan akibat perbuatan suspek.

Suhartanto berkata, suspek telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Agensi

Artikel Berkaitan: