Google didenda AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi

Mahkamah Persekutuan Australia. - Foto Linkedin
Mahkamah Persekutuan Australia. - Foto Linkedin
A
A
A

MOSCOW - Mahkamah Persekutuan Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AU$60 juta AS$42.7 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Jumaat.

"Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan Google LLC membayar penalti sebanyak AU$60 juta kerana membuat representasi mengelirukan kepada pengguna tentang pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka pada telefon Android antara Januari 2017 dan Disember 2018," menurut ACCC dalam satu kenyataan.

Google dilaporkan telah melanggar Undang-undang Pengguna Australia dengan memberi jaminan kepada sesetengah pengguna Android bahawa tetapan "Sejarah Lokasi" merupakan satu-satunya tetapan yang mengumpul dan menggunakan data peribadi berkaitan, sedangkan tetapan lain seperti "Aktiviti Web dan Apl" turut berfungsi mengumpul maklumat yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: