Ekonomi UK susut buat kali pertama sejak pandemik Covid-19

Gambar hiasan. - Foto Reuters
Gambar hiasan. - Foto Reuters
A
A
A
ANKARA - Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik Covid-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat, lapor Anadolu.

Namun angka itu lebih baik berbanding jangkaan pasaran kejatuhan sebanyak 0.2 peratus.

Sektor perkhidmatan jatuh 0.4 peratus, dengan sumbangan negatif terbesar daripada kesihatan manusia dan aktiviti kerja sosial, mencerminkan pengurangan dalam aktiviti koronavirus, menurut Pejabat Statistik Nasional (ONS).

Terdapat sumbangan positif daripada sektor perkhidmatan berasaskan pengguna termasuk agensi pelancongan dan pengendali pelancongan apabila sekatan Covid-19 dikurangkan untuk industri pelancongan, penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan, serta aktiviti seni, hiburan dan rekreasi.

Daripada segi penggunaan, perbelanjaan isi rumah turun 0.2 peratus, mengimbangi sumbangan positif daripada dagangan bersih. - Bernama
Artikel Berkaitan: