Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis buru individu terlibat kes pukul di Bukit Bintang

12 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 OGOS 2022

Polis sedang mengesan individu terlibat dalam satu klip video tular memaparkan serangan terhadap dua lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4.45 petang susulan satu kemalangan melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu atau saksi mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Artikel: https://bit.ly/3SFMwsZ

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa