Kembalikan aset Afghanistan

Orang ramai berarak di Kabul bagi membantah tindakan Joe Biden membekukan aset Afghanistan pada Februari lalu. - AFP
Orang ramai berarak di Kabul bagi membantah tindakan Joe Biden membekukan aset Afghanistan pada Februari lalu. - AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pakar ekonomi terkemuka Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa menggesa Washington memulangkan semula aset Afghanistan bernilai AS$7bilion (RM31 bilion) yang disimpan dalam Bank Rizab Persekutuan sejak Taliban mengambil alih kerajaan.

“Kami amat prihatin dengan bencana ekonomi dan kemanusiaan di Afghanistan yang sebahagiannya berpunca daripada dasar AS.

“Tanpa akses kepada rizab asing, Bank Pusat Afghanistan tidak menjalankan fungsi pentingnya, sekali gus akan meruntuhkan ekonomi Afghanistan,” kata 71 pakar ekonomi dan pem-bangunan dalam sepucuk surat kepada Presiden, Joe Biden serta Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen.

Surat itu turut ditandatangani pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Joseph Stiglitz dan bekas Menteri Kewangan, Greece Yanis Varoufakis.

Dua lelaki duduk di hadapan timbunan wang di pusat pertukaran mata wang di bandar Herat. - AFP
Dua lelaki duduk di hadapan timbunan wang di pusat pertukaran mata wang di bandar Herat. - AFP

Dalam surat tersebut, pakar ekonomi berhujah bahawa kemerosotan ekonomi dan pengurangan mendadak bantuan asing kepada Afghanistan selepas pengunduran tentera AS di negara itu telah menyebabkan situasi bertambah meruncing.

“Sebanyak 70 peratus isu rumah Afghanistan tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka.

“Sekitar 22.8 juta orang iaitu lebih separuh daripada populasi Afghanistan pula menghadapi krisis makanan yang serius.

“Sementara itu, seramai tiga juta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan kronik,” kata mereka.

Langkah Britain, Jerman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyekat AS$2 bilion (RM8 bilion) memburukkan lagi keadaan di Afghanistan.

“Membekukan hak mereka menjejaskan pemulihan ekonomi Afghanistan,” kata kumpulan pakar tersebut. - AFP