Dua pemandu maut jatuh gaung

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A
A

MUAR- Dua lelaki maut selepas terlibat dalam nahas membabitkan sebuah lori kontena dan Perodua Myvi yang dilaporkan bertembung sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 146.1 Lebuhraya PLUS arah Selatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang tadi, pemandu lori, D Sahan Kumar, 39 dan pemandu kereta, Khor Chan Hung, 40, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, kemalangan berpunca apabila lori kontena yang membawa muatan sos cili dari arah Selatan ke Utara terbabas selepas tayar di sebelah kanan pecah.

Lori kontena dan Perodua Myvi yang dilaporkan bertembung sebelum kedua-duanya terbalik jatuh je dalam gaung di KM 146.1 Lebuharaya Utara-Selatan arah Selatan petang tadi.
Lori kontena dan Perodua Myvi yang dilaporkan bertembung sebelum kedua-duanya terbalik jatuh je dalam gaung di KM 146.1 Lebuharaya Utara-Selatan arah Selatan petang tadi.

“Ketika berada di tempat kejadian, lori kontena dipercayai hilang kawalan apabila tayar hadapan sebelah kanannya pecah sehingga terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Dan pada masa sama, sebuah kereta Myvi dari arah Utara ke Selatan pula berada di laluan itu dan bertembung dengan kontena terbabit.

"Akibat pertembungan itu, kontena berkenaan terbalik melintang di laluan kiri jalan, manakala kepala lori dan kereta Myvi itu jatuh kedalam gaung sedalam 10 meter,” katanya ketika dihubungi.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, pemandu lori dan kereta yang masing-masing beralamat dari Tampin, Negeri Sembilan dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, seramai 20 pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dan Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan dua mangsa tersepit.

Keadaan kepala lori dalam kejadian petang tadi.
Keadaan kepala lori dalam kejadian petang tadi.

Ketua BBP Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya bertindak menggunakan alat peregang dan pemotong untuk membuka ruang kerja dan mengeluarkan mangsa dari dalam kereta.

“Selain itu, kami juga terpaksa mendapatkan bantuan kren pengangkut bagi membawa keluar mangsa dari dalam kepala lori,” ujarnya.