Sila log masuk terlebih dahulu.

Peragut tular di Taman Sentosa diberkas

11 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 11 OGOS 2022

Polis menahan seorang lelaki dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di Taman Sentosa, Johor Bahru, selepas rakaman video jenayah berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati, suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pecah rumah serta dua rekod jenayah berkaitan samun yang telah disenarai hitam.

Sehubungan itu katanya, polis berjaya menyelesaikan tiga kes ragut yang berlaku di sekitar kawasan Johor Bahru dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://bit.ly/3JLmZdz

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa