Lebih 800 banduan lolos di Congo

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

DOUALA - Lapan orang, termasuk dua anggota polis dan seorang awam, terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) di penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo.

Seramai 80 anggota ADF menyerang penjara pada Selasa malam untuk membebaskan 13 anggotanya, termasuk 12 banduan wanita, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap tentera, Kapten Anthony Mualushayi dalam satu sidang media.

ADF adalah kumpulan pengganas yang bergabung dengan kumpulan yang berkait dengan Daesh di Wilayah Afrika Tengah (ISCAP). Selama bertahun-tahun kumpulan itu sering melakukan kekejaman di Congo.

Media Congo melaporkan selain yang terbunuh, 822 daripada 874 banduan yang berdaftar di kemudahan itu turut melarikan diri. - Bernama