Sila log masuk terlebih dahulu.

Peguam Najib tarik diri jika rayuan diteruskan 15 Ogos

11 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 11 OGOS 2022

Pasukan peguam yang baharu dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes dana SRC International Sdn Bhd, memberitahu akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu, minggu depan.

Media difahamkan peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia meneruskan rayuan itu kerana memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa.

Peguam terlibat tidak mempunyai pilihan, selain menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu, jika mahkamah tetap meneruskan prosiding rayuan utama Isnin ini.

Artikel: https://bit.ly/3SGY7YE

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa