Isi minyak dengan Petron boleh pergi makan angin

Kempen TENtu Happy Ohsem Treats tawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian

 Kempen TENtu Happy Ohsem Treats menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Kempen TENtu Happy Ohsem Treats menawarkan pelbagai hadiah menarik.
A
A
A

Selepas satu dekad bertapak megah di Malaysia, Petron sebagai salah satu jenama pilihan ramai ingin menghargai sokongan para pelanggan di negara ini sempena sambutan ulangtahun ke-10.

Bagi meraih kesetiaan pelanggan, Petron telah melancarkan kempen TENtu Happy Ohsem Treats yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk memenangi mata ganjaran Enrich sehingga 50,000! Memang 'Ohsem' kan!Caranya pun cukup mudah.

Anda tak perlu nak isi borang. Cukup mengisi petrol sebanyak RM50 dan leretkan Kad Petron Miles di mana-mana stesen Petron di seluruh negara bermula sekarang sehingga November depan.Lagi banyak anda isi minyak di stesen Petron maka peluang untuk anda menang hadiah lebih besar.

Petron memang mencari 100 pemenang untuk hadiah pertama dan kedua serta pemenang lain setiap bulan. Anda mungkin ada rezeki untuk makan angin, bercuti dan berjimba-jimba dengan keluarga atau rakan kalau anda 'join' kempen Petron TENtu Happy Ohsem Treats ini.

Apa tidaknya, untuk hadiah pertama, 10 pemenang akan memenangi mata ganjaran Enrich sebanyak 50,000 yang bersamaan dengan harga tiket penerbangan ke destinasi pilihan, penginapan hotel percuma untuk empat orang dan wang tunai berjumlah RM500.

Wowww memang berbaloi!Bukan itu saja, kalau anda tak menang hadiah pertama pun tak apa sebab hadiah kedua pun tak kurang menariknya.

Seramai 10 pemenang akan diberikan hadiah bernilai RM2,000 termasuk penginapan hotel 3 Hari 2 Malam dan ganjaran mata Petron Miles bernilai RM500.

Bagi 80 pemenang yang lain setiap bulan, anda berpeluang membawa balik pelbagai hadiah menarik seperti beg bercuti, minyak enjin dan pakej penjagaan kereta.

Tapi macam juga peraduan-peraduan lain, semuanya tertakluk kepada terma dan syarat.Jadi anda kena pastikan terus Fuel Happy with Petron barulah hidup anda ohsem!

Untuk maklumat lanjut sila klik lama sesawang Petron di sini dan pautan berikut