Sila log masuk terlebih dahulu.

Saya anggap LTAT kroni saya: Najib

10 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 10 OGOS 2022

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membidas dakwaan yang menyelar dirinya memberikan layanan ‘istimewa’ kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd meskipun gagal menyiapkan projek LCS mengikut tempoh ditetapkan.

Menurutnya, layanan ‘istimewa’ itu diberikan kepada syarikat berkenaan kerana beliau mahu Malaysia mempunyai kepakaran untuk menyelenggara kapal tempur pesisir tanpa bergantung kepada kepakaran asing untuk mengukuhkan pertahanan negara.

Tambahnya, melalui projek pembinaan kapal tempur pesisir itu, keupayaan negara juga dapat dipertingkatkan selain dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan seiring untuk membawa perkembangan ekonomi negara.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3p8dgVj

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa