Taufan Mulan landa selatan China

Taufan Mulan dijangka bergerak menuju ke barat laut pada kelajuan kira-kira 20 km sejam. -Foto AP
Taufan Mulan dijangka bergerak menuju ke barat laut pada kelajuan kira-kira 20 km sejam. -Foto AP
A
A
A

GUANGZHOU - Taufan Mulan, taufan ketujuh tahun ini, melanda kawasan pantai di Daerah Xuwen di Bandar Zhanjiang, Wilayah Guangdong di selatan China, kira-kira jam 10.50 pagi Rabu sebagai ribut tropika, menurut Perkhidmatan Meteorologi Guangdong, kata Xinhua.

Taufan itu dijangka bergerak menuju ke barat laut pada kelajuan kira-kira 20 km sejam, sebelum memasuki Teluk Beibu petang Rabu dengan intensitinya yang semakin perlahan.

Jabatan kaji cuaca meramalkan akan berlaku angin kuat dan hujan lebat di Guangdong antara pagi Rabu dan Khamis.

Jadual beberapa laluan kereta api berkelajuan tinggi dan penerbangan di Guangdong telah diselaraskan buat sementara waktu dan pelepasan kastam turut dihentikan sementara di pelabuhan yang berkaitan.

Setakat jam 8 pagi, semua penerbangan di Lapangan Terbang Zhanjiang Wuchuan telah dibatalkan. - Bernama