Poster solat hajat palsu, fitnah: Dr S Streram

Dr Streram mengesahkan penyebaran poster ini adalah palsu dan fitnah.
Dr Streram mengesahkan penyebaran poster ini adalah palsu dan fitnah.
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram mengesahkan penyebaran poster penganjuran solat hajat untuk beliau adalah palsu dan fitnah.

Katanya, beliau tidak tahu siapa yang menyebarkan poster tersebut yang kini tular di media sosial.

"Perbuatan sebegini yang menimbulkan sensitiviti agama dan perkauman adalah amat tidak wajar. Saya memang selalu diserang dengan kempen-kempen jahat," katanya kepada media selepas program perasmian pasar malam Medan Nusari, Bandar Sri Sendayan dan bertemu peniaga di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster yang memaparkan perkataan 'Jom Solat Hajat Untuk Dr Streram'.

Poster itu turut memaparkan lokasi solat hajat dan bacaan yassin di sebuah masjid yang didakwa akan diadakan esok.

Streram turut tidak menolak kemungkinan penyebaran poster itu adalah untuk mensabotaj kempennya.

"Sabotaj? Saya tidak tahu, mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan: