Peniaga akan dapat pembelaan: Streram

Ismail (kiri) iringi Streram berkempen di pasar malam Medan Nusari
Ismail (kiri) iringi Streram berkempen di pasar malam Medan Nusari
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram berjanji akan memastikan golongan peniaga khususnya yang berniaga kecil-kecilan mendapat pembelaan sewajarnya sekiranya beliau diberi kepercayaan nanti.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk membantu peniaga agar golongan itu mampu meningkatkan ekonomi masing-masing.

"Kita akan sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk rakyat secara menyeluruh termasuklah golongan peniaga.

"Sama ada melibatkan ekonomi mereka, keperluan untuk berniaga dan sebagainya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pasar malam Medan Nusari, Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad.

Sementara itu, Streram meluangkan masa lebih satu jam bermesra dengan 82 peniaga di tapak pasar malam yang baharu dua minggu beroperasi itu.

Memasuki hari kelima kempen PRK DUN Rantau, pakar bius itu dlihat semakin agresif berkempen bagi meraih undi penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan: