Karnival E-Sukan Iskandar Investment dapat sambutan luar biasa

Juara CS:GO, pasukan 'Beyond Esports' menerima hadiran kemenangan dari Kenrick Tan.
Juara CS:GO, pasukan 'Beyond Esports' menerima hadiran kemenangan dari Kenrick Tan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Lebih 1,000 peserta mewakili pelbagai pasukan e-sukan dari dalam dan luar negara menyertai Karnival E-Sukan Iskandar Investment (IIEC), baru-baru ini.

Karnival yang dianjurkan di Kompleks Sukan Educity, di sini, itu menyaksikan penyertaan pemain e-sukan muda berkemahiran bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000.

Selain Malaysia, peserta hadir mewakil pasukan e-sukan dari Singapura, Indonesia dan Thailand bagi berentap dalam empat permainan e-sukan yang popular iaitu Dota 2, FIFA 19, CS:GO dan PUBG.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata, pihaknya gembira kerana dapat mengetengahkan industri e-sukan kepada umum khususnya belia di Johor.

Suasana IIEC yang berlangsung di Kompleks Sukan Educity.
Suasana IIEC yang berlangsung di Kompleks Sukan Educity.

"Sebagaimana e-sukan ini berkembang kepada potensi penuhnya, saya berharap lebih banyak pihak tampil ke depan dan memperkukuhkan ekosistem sekali gus menjadikan e-sukan industri mega di Johor.

"Karnival E-Sukan Iskandar Investment telah melahirkan ramai peminat-peminat e-sukan dari rantau ini ke Iskandar Puteri. Menerusi acara sebegini, kami memberdaya para belia dan mencipta masyarakat yang sihat dan berbudaya," katanya.

Khairil Anwar berkata, pihaknya juga berjaya menarik jenama korporat, pemain industri e-sukan dan akar umbi untuk sama-sama memperbaiki dan secara kolektif membesarkan komuniti e-sukan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Academy of Esports (AoES), Kenrick Tan berkata, pihaknya berminat untuk menjadi platform pengaruh dalam industri yang berkembang pesat itu.

'Raja Pugu' menerima mok cek daripada Khairil Anwar.
'Raja Pugu' menerima mok cek daripada Khairil Anwar.

Katanya, AoES yang juga penganjur bersama IIEC sejak kebelakangan ini menerima banyak maklumbalas untuk melatih bakat muda tempatan menjadi profesional.

"AoES menawarkan beberapa kursus dalam e-sukan yang didorong oleh penggerak dalam industri e-sukan negara," katanya.

Cabaran FIFA 19 dalam IIEC dimenangi oleh Pugu Mujahid Mantang dari Indonesia atau lebih popular dikenali sebagai 'Raja-Pugu' yang memenangi RM8,000.

Bagi CS:GO, pasukan 'Beyong E-Sports' dari Thailand yang membawa pulang RM20,000 selepas mengungguli permainan tersebut.

Sementara pasukan 'Bullet Speed Crew' menjuarai cabaran PUBG dan 'Flower Gaming memenangi pertandingan Dota 2.