Takkan Kembali betul-betul lagu 'berhantu'

Hashmitha Selvam
Hashmitha Selvam
A
A
A

KECOH apabila lagu 'Takkan Kembali' nyanyian Hashmitha Selvam dikatakan berhantu.

Perkara itu turut dikongsikan penulis lirik dan penyanyi itu pada program Meletop malam tadi.

No Image Caption

Menurut Hasmitha, semasa proses rakaman lagu tersebut, dia dia hanya fokus pada suara dan vokal kerana ia merupakan lagu pertamanya.

Apabila muzik video dilancarkan menerusi Youtube ramai yang meninggalkan komen-komen terdengar suara berbisik.

"Mula-mula tak dengar. Tiba-tiba ada orang komen dan suruh dengar guna ‘head phone’ sebab semasa proses rakaman lagu, saya hanya fokus pada suara dan vokal kerana ia merupakan lagu pertama, jadi sangat teruja.

"Tiba-tiba dekat minit ke 2.10 hingga 2.12, semasa nyanyi bait kenangan peneman seolah-olah ada orang nyanyi di belakang saya dengan suara berbisik," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, penulis lirik tersebut, Iman Imran berkata, dia juga terkejut apabila dimaklumkan tentang perkara itu.

Dia juga melahirkan rasa bimbang jika ia merupakan gimik kerana akan menenggelamkan bakat sebenar penyanyi tersebut.

Malah berulang kali dia mendengar lagu itu, dia tidak jumpa suara yang dimaksudkan itu.

"Saya dengar banyak kali sampailah satu hari. Saya dengar, suara itu keluar," katanya.

Kongsinya lagi, dia juga dimaklumkan Rumhadi Rumnan, lagu tersebut merupakan kisah benar apabila seorang rakan terlibat dalam satu kemalangan sebagaimana dalam cerita muzik video itu.