Pesawat tempur AS ditemui semula di Laut Mediterranean

Sebuah pesawat F/A-18E dilancarkan dari dek penerbangan USS Abraham Lincoln pada bulan Mei lalu. - Foto US Navy
Sebuah pesawat F/A-18E dilancarkan dari dek penerbangan USS Abraham Lincoln pada bulan Mei lalu. - Foto US Navy
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah menemui sebuah pesawat F/A-18E Super Hornet miliknya yang tenggelam di Laut Mediterranean pada bulan lepas.

Ia menyatakan bahawa pihaknya berjaya menemui pesawat tersebut pada kedalaman sekitar 2,900 meter.

Pesawat itu diangkat dari dalam laut selepas pihaknya menggunakan kenderaan kendalian jarak jauh CURV-21.

Kenderaan itu memasang tali pengikat dan pengangkat khusus pada pesawat tersebut.

Cangkuk pengangkat dipasang pada pelantar untuk menaikkan pesawat ke permukaan dan mengangkatnya ke atas kapal Everest.

Sebelum ini, ia jatuh ke dalam laut dari ke atas kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman pada awal Julai lalu kerana cuaca lebat yang tidak dijangka di Mediterranean. - Agensi