Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi

A
A
A
Pengasas Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi Laura Joseph (kanan) berbual bersama pengerusi perpustakaan T. Kamalendren dan setiausaha Yusrina Muhammad Yusuff Rameskumar menyusun buku-buku di perpustakaan itu baru-baru ini.

Sebuah perpustakaan komuniti di Batu Ferringhi menyediakan ruang untuk pengunjung mencari ilmu, mengurangkan asimetri maklumat bagi golongan kurang berkemampuan dan menggalakkan pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda mereka kepada pelbagai perspektif.

Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi (Pertubuhan Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi) yang telah ditubuhkan lebih kurang sebulan yang lalu, boleh dikatakan satu-satunya perpustakaan yang mudah diakses oleh penduduk tempatan berhampiran kawasan pantai Batu Ferringhi.

Joseph berkata, perpustakaan itu kini mempunyai lebih 5,000 buku pelbagai genre serta DVD kanak-kanak yang kesemuanya disumbangkan oleh masyarakat Batu Ferringhi yang hanya beroperasi pada hujung minggu.

Setiausaha Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi Yusrina Muhammad Yusuff Rameskumar menyusun buku-buku di perpustakaan itu baru-baru ini.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran