Jauhi sikap rakus, tamak dan mengadu domba

Muhyiddin bersalaman dengan ahli Bersatu yang hadir.
Muhyiddin bersalaman dengan ahli Bersatu yang hadir.
A
A
A

KULAI - Bersatu mesti sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan parti dengan mengamalkan nilai-nilai mulia demi mencapai matlamat perjuangan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua ahli Bersatu diingatkan agar menjauhi sikap rakus, tamak haloba dan mengadu domba yang menjadi penyebab utama kejatuhan Umno dan BN.

“Ahli-ahli Bersatu hendaklah sentiasa memperkukuhkan perpaduan di dalam parti dengan memberikan sokongan padu kepada pimpinan dan mengelakkan persengketaan sesama sendiri. Parti kita ini parti yang baharu dan perjalanan kita pastinya masih jauh.

“Untuk menjadi sebuah parti yang kuat, Bersatu memerlukan sokongan dan dokongan yang padu daripada ahli-ahlinya.

"Justeru, di peringkat awal ini, berikan tumpuan kepada usaha menambah ahli,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Bersatu Johor di Senai di sini hari ini.

Dalam ucapan sama, Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada Bersatu Johor mempunyai antara keahlian yang teramai.

Katanya, tetapi masih ramai yang menunggu untuk menyertai Bersatu di setiap kawasan, cawangan dan bahagian.

“Buka pintu seluas-luas. Jangan sekat dan halang. Amalan dahulu sekat dan halang, kerana takut dicabar menjadi ketua bahagian.

Artikel Berkaitan:

“Saya nak beri amaran, kalau ada sekat dan halang, orang yang sekat dan halang itu akan kita sekat.

"Johor mesti bersikap terbuka. Kerana kita nak bina dan bangunkan Johor sebagai kubu kuat Bersatu di seluruh negara,” katanya.