Lebih 4,000 hektar hutan di Sepanyol musnah terbakar

Menurut data yang dikumpul oleh satelit Copernicus pada Sabtu, kira-kira 230,000 hektar tanah terbakar dalam kebakaran hutan pada musim panas paling kering yang dialami Sepanyol tahun ini. - Foto Reuters
Menurut data yang dikumpul oleh satelit Copernicus pada Sabtu, kira-kira 230,000 hektar tanah terbakar dalam kebakaran hutan pada musim panas paling kering yang dialami Sepanyol tahun ini. - Foto Reuters
A
A
A
MADRID - Lebih 4,000 hektar kawasan musnah dalam tujuh kebakaran hutan yang masih berlaku di wilayah autonomi Galicia di barat laut Sepanyol, menurut perkhidmatan bomba tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Sekurang-kurangnya 2,000 hektar kawasan musnah setakat ini akibat kebakaran terbesar berhampiran bandar A Coruna. Tiada kematian dilaporkan namun 700 orang penduduk terpaksa dipindahkan dari tapak perkhemahan di A Pobra do Caraminal.

Sementara itu, di wilayah Ourense, 600 hektar kawasan terbakar yang bermula dengan kebakaran serentak di 10 lokasi, tetapi berjaya dikawal.

Kebanyakan kebakaran dianggap dimulakan secara sengaja, menurut laporan media tempatan.

Menurut data yang dikumpul oleh satelit Copernicus pada Sabtu, kira-kira 230,000 hektar tanah terbakar dalam kebakaran hutan pada musim panas paling kering yang dialami Sepanyol tahun ini.
Artikel Berkaitan:


Kerajaan pusat pada Isnin meluluskan undang-undang baharu untuk membantu mencegah kebakaran pada masa hadapan, termasuk langkah-langkah seperti meningkatkan tahap berjaga-jaga sepanjang tahun dan membersihkan kawasan yang ditumbuhi semak-samun untuk menghalang api daripada merebak dengan cepat. - Bernama.